PEMBERITAHUAN...PENTING...

DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA AKAN MENGUATKUASAKAN SEPENUHNYA PELAKSANAAN SIJIL VIRTUAL BAGI PENDAFTARAN SYARIKAT ATAU FIRMA DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MULAI 12 JULAI 2010 UNTUK MENGGANTIKAN PENGGUNAAN SIJIL FIZIKAL. SYARIKAT ATAU FIRMA YANG DILULUSKAN PENDAFTARAN MULAI TARIKH DI ATAS AKAN MENERIMA SIJIL VIRTUAL SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN.

Nuffnang

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN (PERMOHONAN BARU DAN PEMBAHARUAN)

SENARAI DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN :-

1. Perniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian/Enterprise (R.O.B)(Sole Proprietor / Enterprise / Partnership)

  • Salinan Kad pengenalan Pemilik-pemilik perniagaan.
  • Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat yang terkini.
  • Salinan pendaftaran perniagaan (SSM) a) Borang D b) Borang Maklumat perniagaan c) Borang maklumat pemilik
  • Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank
  • Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
  • Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

2.Syarikat Sdn Bhd (R.O.C)

  • Salinan Kad Pengenalan semua ahli lembaga pengarah dan pemilik ekuiti (shareholder) syarikat
  • Salinan Borang 24 dan 49 yang di sahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat (SSM)
  • Borang pindah milik saham (borang 32A) yang dimatikan setem dan di sahkan oleh setiausaha syarikat atau SSM (jika berkenaan)
  • Memorandum And Articles Of Association (MAA)
  • Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun
  • Resolusi Lembaga Pengarah mengenai kuasa menandatangani cek oleh pihak bank
  • Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat terkini
  • Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank
  • Penyata pembayaran KWSP (EPF) terkini & Resit Pembayaran KWSP
  • Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
  • Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

3.R.O.S Persatuan/ Koperasi / Pertubuhan

  • Salinan kad pengenalan semua ahli lembaga pengarah
  • Borang pendaftaran Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan
  • Undang-undang kecil Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan
  • Minit Mesyuarat Agong terbaru koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan
  • Salinan Penyata akaun bank terkini
  • Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun yang di sahkan oleh pihak bank
  • Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank
  • Salinan Lesen-lesen yang berkaitan.
  • Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
  • Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

Untuk maklumat lanjut tentang harga perkhidmatan yang ditawarkan sila hubungi :- Md Muhaini H/P : 016-9681974