PEMBERITAHUAN...PENTING...

DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA AKAN MENGUATKUASAKAN SEPENUHNYA PELAKSANAAN SIJIL VIRTUAL BAGI PENDAFTARAN SYARIKAT ATAU FIRMA DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MULAI 12 JULAI 2010 UNTUK MENGGANTIKAN PENGGUNAAN SIJIL FIZIKAL. SYARIKAT ATAU FIRMA YANG DILULUSKAN PENDAFTARAN MULAI TARIKH DI ATAS AKAN MENERIMA SIJIL VIRTUAL SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN.

Nuffnang

PERMOHONAN KOD BIDANG PEMBUAT *99

KOD BIDANG PEMBUAT *99
**LAWATAN TAPAK AKAN DILAKUKAN OLEH WAKIL PIHAK KEMENTERIAN KEWANGAN**
Permohonan Bidang Pembuat adalah untuk syarikat-syarikat pembekal yang mempunyai kilang sahaja.
Kod bidang pembuat perlulah spesifik Contohnya Pembuat Piala di bawah kod bidang 070299. Pihak pembekal perlu menyatakan jenis produk yang dihasilkan.
Di bawah ini senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan bidang pembuat.
  • Borang Pengisytiharan Kementerian Kewangan
  • Borang Perincian Akaun Syarikat Yang disahkan oleh Pihak Bank
  • Penyata Akaun Bank (3 bulan terkini)
  • Resolusi Penandatangan Cek Syarikat (Bank resolution)
  • Memorandum Articles of Association (M&A)
  • Borang 24 (Modal Berbayar RM10,000 ke atas)
  • Borang 49
  • Annual Return terkini (bagi syarikat yang beroperasi lebih setahun)
  • Borang 32A ( pertukaran pemegang syer)
  • Salinan Kad pengenalan Pengarah Syarikat
  • Penyata Caruman KWSP pekerja serta Resit pembayaran (3 Bulan Terkini)(Pengurus, juruteknik, operator pengeluaran wajib di carum KWSP)
  • Perjanjian Sewa-beli premis/kilang operasi (Tenancy Agreement)
  • Salinan Polisi Insurans Perlindungan Kilang Pekerja dan Insurans Kebakaran
  • Salinan Lesen Perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (Cthnya; Lesen DBKL, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah)
  • Sijil dari Pihak SIRIM atau MITI atau IKRAM
  • Salinan Invois/Resit atau SuratPerjanjian Sewa-beli Peralatan dan mesin-mesin yang digunakan
  • Peta lakar ke Premis atau kilang beroperasi
  • Gambar Premis/Kilang
  • Gambar Peralatan dan Mesin-mesin yang digunakan
  • Nama produk yang dikeluarkan dan kuantiti pengeluaran sebulan.