PEMBERITAHUAN...PENTING...

DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA AKAN MENGUATKUASAKAN SEPENUHNYA PELAKSANAAN SIJIL VIRTUAL BAGI PENDAFTARAN SYARIKAT ATAU FIRMA DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MULAI 12 JULAI 2010 UNTUK MENGGANTIKAN PENGGUNAAN SIJIL FIZIKAL. SYARIKAT ATAU FIRMA YANG DILULUSKAN PENDAFTARAN MULAI TARIKH DI ATAS AKAN MENERIMA SIJIL VIRTUAL SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN.

Nuffnang

PERMOHANAN STATUS BUMIPUTERA

Pembekal-pembekal yang ingin memohon status taraf bumiputera perlu memenuhi syarat-syarat dan senarai dokumen adalah seperti di bawah mengikut jenis pendaftaran :
NOTA : LAWATAN TAPAK AKAN DILAKUKAN OLEH WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN.

1. Perniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian
  • Salinan Kad pengenalan Pemilik
  • Salinan Penyata Akaun Bank terkini
  • Salinan pendaftaran perniagaan (SSM) a) Borang D b) Borang Maklumat perniagaan c) Borang maklumat pemilik
  • Borang Perincian Bank yang di sahkan oleh pihak bank
  • Peta Lakar ke premis/pejabat
  • Surat Akuan Bersumpah Pengusaan Syarikat 100% Bumiputera atau Sijil keahlian Syarikat daripada Dewan perniagaan Melayu (DPMM)
  • Carta organisasi syarikat 8- Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
  • Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

2. Syarikat Sdn Bhd

  • Salinan Borang 24 dan 49 yang di sahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat (SSM)
  • Borang Pindah milik saham (Form 32A) yang telah di matikan setem dan di sahkan oleh setiausaha syarikat atau SSM (jika berkenaan)
  • Memorandum And Articles Of Association (MAA)
  • Salinan Borang 44 atau Borang 13
  • Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun
  • Resolusi Lembaga Pengarah mengenai kuasa menandatangani cek oleh pihak bank
  • Salinan Penyata Akaun Bank terkini
  • Borang Perincian Bank yang di sahkan oleh pihak bank
  • Penyata pembayaran KWSP (EPF) terkini
  • Surat Akuan Bersumpah Pengusaan Syarikat 100% Bumiputera atau Sijil keahlian Syarikat daripada Dewan perniagaan Melayu (DPMM)
  • Peta Lakar ke pejabat/premis
  • Carta organisasi Syarikat
  • Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
  • Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

3.Persatuan/ Koperasi / Pertubuhan

  • Salinan kad pengenalan salah seorang ahli lembaga pengarah atau pengurus
  • Borang pendaftaran Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan
  • Undang-undang kecil Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan
  • Minit Mesyuarat Agong terbaru koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan
  • Salinan Penyata akaun bank terkini
  • Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun yang di sahkan oleh pihak bank
  • Borang perincian bank atau surat pengesahan bank mngenai kuasa menandatangani cek oleh pihak bank
  • Salinan Lesen-lesen yang berkaitan.
  • Surat Akuan Bersumpah Penguasaan Syarikat 100% Bumiputera atau Sijil keahlian Syarikat daripada Dewan perniagaan Melayu (DPMM)
  • Peta Lakar ke pejabat/premis
  • Carta organisasi pertubuhan
  • Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
  • Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat